Powered by Blogger.

Sejarah Palestin... Bacalah...


Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.

Mandat British Palestin

Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Berikutan perang itu, Jaluran Gaza dimiliki oleh Mesir, manakala Tebing Barat dimiliki oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.

Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Jaluran Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat.


">

posted under | 0 Comments

Salam takziah untuk kicop & family...

salam takziah tuk Kicop ( my coursemate )
coz his father just passed away this morning
I feel so sad & sympathy 4 him but
i can't do nothing
just praying that his late father spirit
will be Blessed by Allah SWT...
i'Allah...
& but not least
let's together recide Al-Fatihah
4 Kicop late father.
amin....

posted under | 0 Comments

Doa Berlindung Dari Fitnah....



عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِىٍّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم
أَجْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
كانَ يَدْعُو فِى الصَّلاةِ
اللهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَأَعُو ذُبِكَ مِنْ فِتْنَهِ الْمَسِيْحِ الْدَّجَّالِ
وَأَعُو ذُوبِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
اللهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنَ الْمَأْ ثَمِ وَالْمَغْرَمِ
قَالَتْ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيْذُ
مِنَ المَغْرَن يَرسُولُ الله فَقَالَ
إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فأَجْلفَ
Dari Aishah r.a., katanya :
"Rasulullah s.a.w. berdoa dalam sembahyang ;
"Oh Tuhan, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur
dan aku berlindung dari huru-hara dajjal.
dan aku berlindung dari fitnah hidup dan kematian,
Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari dosa dan hutang,
Kata Aisyah : Berkata seseorang kepada beliau :
"Alangkah banyak tuan meminta perlindungan dari hutang,
ha Rasulullah s.a.w. : Jawab belia "Sesungguhnya apabila
seorang berhutang , kerap kali ia berkata dusta dan mungkir janji.
Hadis sahih riwayat Muslim

posted under | 1 Comments

lecturer2 yg baik....






hari pertama bertemu lecturer baru
semua lecturer nampak baik ja...
tak taw la kalau e2 just 1st impression je
hehehe..
tp stakat arini saja dah 3 orang lecturer
yg ktorg da jmpa...
Sir Sabri mengajar subjek Hydraulic & Pneumatic
Madam Hazariah mengajar subjek Turbine Engine Fuel..
& last but not least
Kapten Abd Rahman mengajar ktorg subject Instrument....
Alhamdulillah ...
walau pun kelas padat setiap hari
tapi law da lecturer sebaik mcm yg arini
i'Allah belajar pun tak tension sgt...
i'Allah....amin...
mintak2 la sok pya lecturer pun cam yg arini gak...
huhu..

posted under | 0 Comments

bermulanya pelajaran hari pertama....

Semalam klas telah dibatalkan
sbb pihak admin telah memebetulkan jadual
ktorg yg gila 2....
haha..
tp arini semua telah di atur kembali
susunan jadual agak better skit la
daripada yg semalam...
tp jadual 2
ala2 cam kat sekola skit
sbb skg ni stiap ari ktorg da klas
msuk klas pkul 8.30am
then rest kul 1.30pm
after that, blik kul 5.30...
wah, kehidupanku di MIAT bakal berubah...
xpe demi tuk kebaikan bersama....
demi tuk masa depan....
chaiyok....

posted under | 0 Comments

klas batal la arini......

tunggu punya tunggu
tub tub tgok klas batal
ceh, penat je bangun awal2 pagi
hehehe...
tp tak rugi pun bangun awal,
sbb da gak keja yg dapat aku wat....
arini depa gtaw seluruh MIAT xde klas,
sbb mslh jadul agaknya.....
mmmm,, x taw la....
itu admin punya keja,
huhu...
tp arini dah xde klas
tpaksa la cari idea lain
pa yg nak dilakukan arini.....
mgkn dapat basuh moto aku arini....
sejak aku balik daripada Penang
aritu xprnah ag aku basuh.....
hahaha....
mgkn moto tu pun da marah
sbb aku dah tak jaga dia....

posted under | 0 Comments

klas bemula arini....



klas mula arini,
tp jadual yg ktorg tgok xtaw la btol ke x,
sbb tgok kt lmn web je,
jadual cam xbleh pecaya sgt,
emmm, tp pa2 pun ikut je la,
cuma 2 je 1 sumber yg ada,
nak wat cm na... kan?
emm, ikut pd jadual 2 plak,
arini klas aviation English...
Wah stat2 klas da blaja English....
habis....
hidup mber2 aku tuk ari isnin pagi,
mesti tak seceria dulu...huhu...
tp law cm na pun,
sapa pun lecturer yg mengajar ak kena terima,
coz he's @ she's a teacher.... kan?
seorang guru wajib dihormati...
walau dalam keadaan apa jua sekalipun,
sama je can parents & who r much older than us...
rite?
so i hope,
teachers who r going to teach my class,
is a nice & excellent teachers...
Sama2 la kita doakn...

posted under | 0 Comments

Anugerah Juara Lagu 24.....




semua rakyat Malaysia tentu tahu kan,
Pasal AJL 24,
Law xtaw 2 buat2 taw je la,
ok? hehe,,,
Aizat telah ditabalkan sebagai pemenang AJL24,
dengan lagu yg dibawanya,
'PERGI', lagu ni law dihayati,
emm, tagkap lentok gak r...
hahaha.... sapa xphm tangkap lentok 2,
better tanya kawan.... huhuhu
law kita hayati lirik lagu 'PERGI'
yg Aizat nyanyi semalam 2...
emm, confirm sayu gak r...
ni aku siap bagi lirik suruh korg hayati ag,
ok...
selamat menghayati...=)

PERGI
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

">

posted under | 0 Comments

permulaan baru.....









assalamualaikum.... let me stat by saying alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah beri kesempatan buat ku untuk hidup lagi pada hari ini... terima kasih Ya Allah... sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Besar... Allahu Akbar....it's a new start 4 me. I don't really know in what way i could change myself. But i promise, everything which is not good in me, will change soon, i.Allah. kehidupanku di bumi Allah ini telah mencecah hampir 20tahun, namun ak masih tidak dpt mencari erti sebuah kehidupan yg sebenar.... mgkin Allah telah takdirkan sesuatu untukku...??? Wallahua'lam... hanya Dia saja Yang Maha Mengetahui..... Pagi ini ku lalui dgn sempurna, bermula dengan solat subuh, bacaan Al-Mathurat & Bacaan Al-Quran........ Alhamdulillah....

sampai je tgah hari.... emmm.... cam biasa r... borg & x da menda nak wat... kepala otak ni 'pusing' pening la 2, pikir pa yg nak buat... pikir punya pikir, emm, last skali xde dah keje yg lain yg sesuai selain tido... hehehe... tp pikir2 blik, ' kata aku nak berubah....???' xde ke keje lain yg boleh ak wat waktu tengahari ni.... !!!!!!!!!!!

wahai diri....
sedarlah di hadapanmu sedang menanti dua tempat, iaitu syurga dan neraka? Engkau pasti akan menemui salah satu dari keduanya. sama ada engkau menyukainya atau tidak, ia pasti akan menemuimu jua...
Namun, mengapa engkau masih sibuk dengan kelazatan dan dorongan nafsu serta gemar melakukan maksiat dan kederhakaan? Bukankah engkau pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas dosa-dosa dan kesalahanmu itu? Tidakkah engkau tahu bahawa segala sesuatu yang pasti datang itu amat dekat kedudukannya?

Sedangkan yang dinamakan jauh itu apa-apa yang mungkin tidak akan datang. Bila engkau dihumbankan ke dalam neraka kerana perbuatan jahatmu, itupun sesuatu yang amat dekat, kerana ia janji yang pasti akan datang. Hanya menunggu saat dan ketibaannya saja. Ingatlah wahai diri...ingatlah!

Tidakkah engkau menginsafi apa yang telah difirmankan oleh Allah dalam Al-Qur'an yang bermaksud:
"Telah hampir kepada manusia(masa) perhitungannya sedang mereka berpaling dari kelalaian. Tiada kepada mereka peringatan (Al-Qur'an) dari Tuhannya melainkan mereka dengar dan mereka permain-mainkan. Sedang hati mereka lalai.." (al-anbiya':1-3)

Wahai diri...
Engkau tentu sudah sedia maklum bahawa sunnatullah itu tidak akan berubah. Segala sesuatu ini pasti ada yang menyebabkannya. Kebahagiaan di dunia kerana beramal, maka seperti itu jugalah kebahagiaan akhirat. Ketahuilah bahawa Tuhan dunia dan Tuhan akhirat itu hanya satu, yakni Allah S.W.T. Sesungguhnya tiap-tiap manusia tidak akan memperolehi sesuatu, melainkan apa-apa yang telah diusahakannya. Jika engkau telah membuang banyak masamu untuk urusan dunia, maka berapa banyak pulakah masa engkau gunakan untuk menyelesaikan masalah akhiratmu?

Sudahkah engkau sediakan bekalan yang engkau perlukan dalam menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi? Ketahuilah kehidupan akhirat itu adalah kehidupan yang sebenarnya. Janganlah sampai engkau tertipu oleh kehidupan dunia yang sementara. Janganlah engkau menyangka engkau kelak akan mendapat kesejahteraan di akhirat, sekalipun engkau membawa bekal yang cukup!!

Ingatlah...
Kehidupan yang kekal abadi itu sangat memerlukan bekal yang banyak, berupa amalan-amalan yang baik serta ketaqwaan yang besar. Apabila persediaanmu tidak lengkap, engkau akan mengalami kesengsaraan yang tidak ada tolok bandingnya di neraka jahannam!!

Sekali lagi...Ingat dan insaflah...!!
Bahawa kepanasan dan kedinginan siksa neraka itu hanya akan dapat di atasi dengan benteng iman yang kukuh serta pertahanan yang kuat dengan ketaatan menjalani perintah Allah S.W.T.
Kiranya besar sungguh pemberian Allah yang telah dilimpahkanNya kepadamu kerana engkau telah ditunjuki jalan kehidupan yang selamat untuk kau lalui. Lalulah jalan perjuangan ini dengan sungguh-sungguh sekalipun penuh dengan duri dan rintangan. Apabila jalan perjuangan itu pahit, janganlah engkau merintih kerana di hujung perjalananmu menunggu syurga yang manis.

Ingatlah...
Agama Islam itu mutiara yang tidak terhingga nilainya. Keimanan itu pemberian yang tidak terkira besarnya. Sedang penghidupan itu adalah jalan perjuangan yang penuh dengan ujian.
Apabila engkau insaf serta sentiasa muhasabah (menilai) diri di setiap malam dan siang, akan mudahlah engkau untuk mengumpulkan persiapanmu. Sekalipun persiapan itu engkau kutip dicelah-celah kehidupan duniamu yang sukar, apabila engkau sabar, seribu harapan menanti dihujung perjalanan hidupmu!
Insaf dan sedarlah wahai diri...!
Ingatlah...bahawa setiapyang bernyawa itu pasti mati !
Dengan izin Allah jua adanya..."

posted under | 0 Comments
Newer Posts Home

..klik 4 derma..

..AKU..

My photo
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia
kehidupan kita tak akan merasa tenang selagi kita tidak mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam hidup ni banyak yg kita perlu tempuhi. Walau bagaimana sekali pun cubaan & dugaan yg datang jangan mudah mengalah. Berdoalah kepada Allah SWT. Allah akan membantu kita. Allah telah janjikan sesuatu yg istimewa untuk hamba-Nya yg beriman dan beramal soleh. Jangan lupa tuntutan kita sebagai seorang Islam. Solat 5 waktu sehari semalam, jangan ditinggalkan dalam keadaan apa sekali pun. Berusaha agar hidup kita di dunia tidak sia2 & mendapat faedah untuk kesenangan di akhrat kelak. i'Allah. Amin.

Recent Comments