Powered by Blogger.

...kenali Nabi kita ..... Nabi Muhammad S.A.W...




Tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.. Lahirlah insan mulia yang menerangi alam. Lahirnya membawa seribu rahmat. Sempena bulan kelahiran Nabi S.A.W ini marilah kita sama-sama menghayati dan mengenali insan tercinta junjungan mulia ini, Muhammad bin Abdullah yang merupakan kekasih Allah.


1. Nabi S.A.W kematian bapanya sewaktu baginda masih dalam kandungan ibunya. Nabi kehilangan ibu tercinta sewaktu umurnya 6 tahun. Nabi menjadi yatim sewaktu dalam kandungan ibunya lagi. Oleh itu Nabi S.A.W amat muliakan anak yatim dan amat belas ihsan kepada anak yatim kerana baginda tahu bagaimana rasanya menjadi anak yatim. Oleh itu, kita sebagai pengikut dan umat Nabi S.A.W hendaklah memuliakan anak yatim. Anak yatim mempunyai kedudukan yang tinggi, kerana Nabi S.A.W merupakan anak yatim.


*note: Anak yatim adalah anak yang kematian bapa. Yang kematian ibu, bukanlah dipanggil anak yatim. Dalam Islam tak dak istilah yatim piatu ok..? Ini salah faham masyarakat Melayu khususnya... betulkan saya law saya tersalah info ok...



2.Nabi S.A.W dikenali sebagai Al-Amin, iaitu org yang jujur & sentisa bercakap benar. Peribadi mulia nabi ini dilihat sewaktu beliau masih kecil lagi, dan sebelum diangkat menjadi nabi & rasul.


3. Nabi S.A.W mempunyai peribadi yang mulia. Beliau kasih pada kanak-kanak dan orang tua. Menyanyagi haiwan terutama kucing. Berbuat baik pada semua orang, walaupun orng itu berbuat jahat pada nabi. Ada satu kisah tentang betapa mulianya peribadi Rasulullah..


Setelah Rasulullah wafat, Sayyidina Abu Bakar menanyakan kepada puterinya, Sayyidah Aisyah, “Anakku adakah sunnah (kebiasaan) kekasihku yang belum aku kerjakan?” Kemudian Sayyidah Aisyah menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja. Setiap pagi, Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana.”
Keesokan harinya Sayyidina Abu Bakr pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Beliau bertanya kepada seseorang, kiranya dimana dia dapat menemui pengemis Yahudi yang buta itu. Lalu dikatakan kepadanya bahawa untuk mengenalinya mudah saja. Jika ada seorang tua yang buta dan dari mulutnya selalu keluar kata-kata umpatan bagi Nabi Muhammad, maka itulah orangnya. Bayangkan, di kota yang dipimpinnya, ada orang yang setiap hari kerjanya mencaci-maki beliau, tetapi Nabi Muhammad membiarkan orang tersebut. Beliau tidak menangkapnya, tidak menghukumnya, bahkan menyantuninya.
Sayyidina Abu Bakr mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Sayyidina Abu Bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Sayyidina Abu Bakr menjawab, “Aku orang yang biasa.”
“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa menyuapiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila orang yang sering menyuapiku datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu ia menghaluskan makanannya sehingga aku tidak susah mengunyahnya,” kata pengemis buta itu.
Sayyidina Abu Bakr tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”
Mendengar penjelasan Sayyidina Abu Bakr, Yahudi tua itu begitu terharu hingga meneteskan air mata, kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghina dan memfitnahnya, namun ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Sungguh ia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta itu pun akhirnya bersyahadat di hadapan Sayyidina Abu Bakr.



4. Nabi S.A.W seorang insan yang berfikiran jauh. Hal ini dapat dilihat dalam perang terakhir yang disertai nabi. Hasil rampasan perang itu, Nabi S.A.W telah membahagikan harta rampasan perang yang lebih kepada penduduk Mekkah. Hal ini menyebabkan penduduk Madinah tidak berpuas hati. Mereka beranggapan bahawa nabi S.A.W telah pilih kasih & melebihkan penduduk Mekkah. seperti yang kita ketahui, Mekkah adalah tempat kelahiran Nabi, kampung halaman tercinta. Nabi Muhammad S.A.W sedih mendengar hal itu, lalu memanggil semua penduduk Madinah berkumpul. Lalu nabi memberitahu penduduk Madinah..


"Penduduk Mekkah hanya mendapat harta..Tetapi kalian penduduk Madinah mendapat aku. " Nabi memutuskan untuk menetap di Madinah. Lalu nabi berkata " Apakah harta itu lebih bermakna dari diriku??"

Nabi wafat di Madinah. Cuba bayangkan jika nabi tidak wafat di Madinah. Siapa yang akan pergi ke Madinah. Rukun haji semuanya di Mekah. Kita ke Madinah kerana ingin menziarahi makam Rasulullah. Begitu, Rasulullah S.A.W seorang yang befikiran jauh.



5. Nabi S.A.W seorang hakim yang adil lagi bijaksana. Suatu ketika berlakulah pergaduhan diantara kabilah di Mekah untuk meletakkan batu hajar aswad di tempat asalanya apabila Mekah dilanda banjir besar. Setiap kabilah berebut untuk meletakkan batu hajar aswad di tempat asanya. Mereka sanggup berbunuhan. Namun akhirnya mereka telah sepakat untuk menyuruh orang yang mula2 masuk ke Ka'abah pada keesokan harinya untuk menjadi hakim. Dengan takdirk Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W adalah orang yang mula-mula masuk ke kawasan Ka'abah itu. Lalu mereka bersepakat untuk melantik nabi menjadi hakim. Nabi lalu membentangkan kain serban dan setiap penjuru kain dipegang oleh ketua kabilah. Baginda S.A.W sendiri yang meletakkan batu hajar aswad itu di tempat salanya. Hal ini telah mengembirakan semua kabilah.



Begitulah serba sedikit kisah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita sama-sama menghayati kisah nabi & mencontohi peribadi mulia yang dibawa nabi. Nabi meninggalkan kita wasiat yang amat berharga iaitu Al-Quran & As-Sunnah, yang menjamin kita kehidupan yang selamat di dunia dan di akhirat..Mari kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar ini. Insan mulia yang dimuliakan Allah ini. Muhammad bin Abdullah.
*Salam Maulidur Rasul 1431H bersamaan 12 Rabiulawal 1431H..... bErsama kita hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W....


" sallahalla hu ala Muhammad..Sallahallahu alaihi wassalam"

bersama kita hayati lagu ini... oleh Hijjaz 'RASULULLAH'....


posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home






Islamic Clock

Islamic Widget

Firman Allah

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Surah Al- Baqarah ayat 81

Top Referrer Contest

Top Referrer Contest
nak join... jom klik... huhu....

..contest..

1st Lucky Draw by Atie Aizam

..1st award..

..1st award..
from Ima Aisuki.... =D

..2nd award..

..2nd award..
from myna...=D

..klik 4 derma..

..AKU..

My photo
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia
kehidupan kita tak akan merasa tenang selagi kita tidak mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam hidup ni banyak yg kita perlu tempuhi. Walau bagaimana sekali pun cubaan & dugaan yg datang jangan mudah mengalah. Berdoalah kepada Allah SWT. Allah akan membantu kita. Allah telah janjikan sesuatu yg istimewa untuk hamba-Nya yg beriman dan beramal soleh. Jangan lupa tuntutan kita sebagai seorang Islam. Solat 5 waktu sehari semalam, jangan ditinggalkan dalam keadaan apa sekali pun. Berusaha agar hidup kita di dunia tidak sia2 & mendapat faedah untuk kesenangan di akhrat kelak. i'Allah. Amin.

Recent Comments