di hari kiamat nanti...........part 2
assalamualaikum sahabat2,
apa kabar arini?
harap2 sihat la,
kalau tak sihat tu cepat2 la pergi jumpa doktor,
amik ubat,
law tak nanti melarat pulak,
ok.. huhu..
ok la,
kembali kita ke tajuk utama,
Nak taw sambungan cerita sebelum ni?
hmm, seriusly sambungannya amat menarik,
tapi agak panjang la,
kalau korang nak tau jugak apa ceritanya,
jom la kita baca dan paham,
begini sambungannya,
''Tiba-tiba seorang daripada paderi Kristian tu bertanya, Pertanyaan si paderi tadi betul2 membuat Datuk Nabi saw terkejut dan merasa hairan, apakah soalan paderi itu? paderi tu tanya 3 soalan kat Datuk Nabi saw. Soalan pertama: 'Ada tak dalam rombongan kamu ni sorang budak dalam lingkungan 8-12 tahun?' tanpa berfikir panjang Datuk Nabi saw menjawab. 'ada. Kenapa? Dia merupakan cucu aku.Dia berada di atas unta yang ketiga' tambah Abdul Mutalib lagi.
Soalan kedua: daripada paderi tersebut ialah, 'betul tak budak tersebut yang kamu katakan cucu kamu tadi adalah anak yatim piatu?' Abdul Mutalib menjawab, 'ya betul dia merupakan seorang yatim paitu sejak 2 tahun lepas.' Dan sebelum soalan ketiga diajukan kepada Abdul Mutalib, Nabi saw yang berada di atas unta sudah pun turun dan pergi bermain-main di sekitar kawasan yang mereka rehat tadi. Secara kebetulan, di kawasan yang mereka berhenti rehat itu terdapat sebuah pokok yang telah luruh keseluruhan daunnya kecuali 1 daun saja yang masih tinggal. Disilah suatu keajaiban telah terjadi, sesuatu yang menarik. Dan soalan ketiga si paderi adalah: 'betul tak di belakang cucu kamu ni ada perkataan Khalifatul umat? Tanda itu berada di bahagian lehernya.' Abdul Mutalib tercengang seketika, Beliau seolah-olah pelik dengan soalan paderi tersebut. Jawapan Abdul Mutalib ialah, 'Aku kurang tahu pasal itu. Cuba kamu lihat sendiri pada badannya'
Ketika itu Nabi saw sedang berehat di bawah sepohon pokok yang telah kehilangan dedaunnya tadi,
dan pada waktu inilah daun pokok tadi, yang hanya tinggal sehelai saja tiba-tiba gugur. Nabi saw yang berada di bawah pokok itu, terus menyambut daun itu tadi dengan tangan kanannya. Peristiwa itu tadi telah disaksikan oleh kesemua Paderi2 yang ada disitu. Tanpa membuang masa si Paderi yang tengah berbual dengan Abdul Mutalib pun menghampiri Nabi saw dan menariknya untuk memeriksa adakah di belakagnya tertulis apa tanda yang dimaksudkannya. Setelah melihat tanda itu betul2 wujud di belakang Nabi saw, semua Paderi tadi menghampiri Nabi saw dan masing2 ingin memeluk dan mencium Nabi saw. Bayangkanlah!! Datuk Nabi yang pada ketika itu sedang melihat dari jauh peristiwa ini berlaku, sudah merasa takut dan tanpa lengah terus mendapatkan cucunya yang sedang dikerumuni Paderi2 tadi, bimbang diapa-apakan. Setelah Abdul Mutalib mengambil nabi saw berada dalam pelukannya, Si Paderi tadi bersuara; 'Bawa balik cucumu ini ke Mekah, jaga dia baik2. Jangan kamu teruskan perjalanan kamu ke Syam. Jika Orang Yahudi nampak dia, kemungkinan dia akan dibunuh.' Abdul Mutalib serta ahli rombongannya pelik dan hairan dengan kata2 Paderi itu. Lalu Abdul Mutalib bertanya: 'Kenapa kamu cakap begitu?' Paderi itu menjawab
'Tahukah kamu bahawa cucumu ini adalah Nabi akhir zaman, Dialah pemimpin yang terakhir sekali dimuka bumi ini.Dialah Khalifatul umat, Khalifah umat manusia.' ''
'Tahukah kamu bahawa cucumu ini adalah Nabi akhir zaman, Dialah pemimpin yang terakhir sekali dimuka bumi ini.Dialah Khalifatul umat, Khalifah umat manusia.' ''
*begitulah ceritanya.. Akan bersambung pada episod akan datang. I'allah... ('',)....
0 comments:
Post a Comment