Powered by Blogger.

Sejarah Palestin... Bacalah...


Selepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Jalur Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Mandat British Palestin.

Mandat British Palestin

Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah di bekas Mandat British yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Berikutan perang itu, Jaluran Gaza dimiliki oleh Mesir, manakala Tebing Barat dimiliki oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Jaluran Gaza dan Tebing Barat.

Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Jaluran Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat.


">

posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home

..klik 4 derma..

..AKU..

My photo
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia
kehidupan kita tak akan merasa tenang selagi kita tidak mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam hidup ni banyak yg kita perlu tempuhi. Walau bagaimana sekali pun cubaan & dugaan yg datang jangan mudah mengalah. Berdoalah kepada Allah SWT. Allah akan membantu kita. Allah telah janjikan sesuatu yg istimewa untuk hamba-Nya yg beriman dan beramal soleh. Jangan lupa tuntutan kita sebagai seorang Islam. Solat 5 waktu sehari semalam, jangan ditinggalkan dalam keadaan apa sekali pun. Berusaha agar hidup kita di dunia tidak sia2 & mendapat faedah untuk kesenangan di akhrat kelak. i'Allah. Amin.

Recent Comments